Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 14 July 2011

Potong kuku hari Jumaat sunat??



Memotong kuku termasuk dalam sunnah fitrah. Ini jelas apabila Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.” (Riwayat Muslim)


Menurut Imam Syafie, disunatkan memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sama seperti mandi, bersugi, dan memakai haruman sebelum ke masjid

Menurut riwayat Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w memotong kuku dan menggunting misai pada Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersolat. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)

Berkenaan terdapat hari tertentu memotong kuku, tiada hadis yang benar-benar sahih berkenaan mengerat kuku berkenaan. Ia boleh dilakukan tanpa mengikut hari tertentu.
Ada hadis daif yang hukum beramal dengannya dibenarkan terutama ketentuan Isnin, Khamis dan Jumaat sebagai hari diutamakan untuk melakukan ibadat sunat.
Justeru, sunat memotong kuku pada hari terbabit manakala memotong pada hari lain masih dibenarkan sekiranya perlu.

Tidak elok membiarkan kuku sehingga panjang atau ada yang sengaja menjaganya. Hal ini kerana bakteria ada di celah-celah kuku anda. Namun,tidak dinafikan ada pula yang sanggup membeli alat tambahan untuk disambung bagi mengganti dan menambah kuku yang sedia ada. Semuanya dilakukan untuk cantik atau sebaliknya? Jadi,fikir- fikirkan.








No comments: