Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 14 June 2011

SELAMAT HARI BAPA

"kasih ibu membawa ke syurga,
kasih ayah sanggup berkorban apa saja"

terima kasih ayah.....

kali ni, cik blog nak post tentang 'hari bapa' yang akan datang
 ( 19 Jun 2011 )

ayah, abah, walid, daddy, papa
walau apa pun panggilan yang kita panggil, semuanya membawa maksud yang sama kan?
kepada yang masih lagi ada ayah, 
hargailah mereka selagi ada hayat...

kerana ibu dan ayah kita,
kita mampu melihat dunia...
kerana mereka,
kita mampu bernafas di dunia ini...
kerana mereka,
kita menjadi dewasa kini....
dan kerana mereka juga,
kita mampu berdiri atas kaki sendiri

walau seburuk mana pun ibu dan ayah kita,
mereka tetap darah daging kita...
air yang dicincang tidak akan putus

mereka sering memarahi kita,
kerana ?
mereka ingin yang terbaik buat anak-anaknya..
kerana ?
mereka ingin melihat kita menjadi insan yang berguna..
kerana ?
mereka ingin melihat kita berjaya...
 dan kerana mereka ingin melihat kita selamat di dunia dan akhirat...

sesungguhnya aku amat merindui ayahku sendiri,
jauh di sudut hati,
aku merintih kerinduan ingin berjumpa...
riak wajahku mungkin tidak pernah menunjukkannya...
rasa hati mungkin tak pernah meluah...
namun,
ketahuilah, 
aku juga sama seperti orang lain,
yang inginkan kasih sayang seorang ayah kandungku sendiri...
memang aku cemburu,
melihat orang lain dapat bermesra dengan ayah mereka sendiri,
tapi apakan dayaku,
aku harus menerima hakikat ini,

tapi sudah tersurat dalam kehidupan aku,
ingin aku meluah,

saya sayang ayah.....

No comments: