Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 14 July 2011

Potong kuku hari Jumaat sunat??



Memotong kuku termasuk dalam sunnah fitrah. Ini jelas apabila Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.” (Riwayat Muslim)


Menurut Imam Syafie, disunatkan memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sama seperti mandi, bersugi, dan memakai haruman sebelum ke masjid

Menurut riwayat Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w memotong kuku dan menggunting misai pada Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersolat. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)

Berkenaan terdapat hari tertentu memotong kuku, tiada hadis yang benar-benar sahih berkenaan mengerat kuku berkenaan. Ia boleh dilakukan tanpa mengikut hari tertentu.
Ada hadis daif yang hukum beramal dengannya dibenarkan terutama ketentuan Isnin, Khamis dan Jumaat sebagai hari diutamakan untuk melakukan ibadat sunat.
Justeru, sunat memotong kuku pada hari terbabit manakala memotong pada hari lain masih dibenarkan sekiranya perlu.

Tidak elok membiarkan kuku sehingga panjang atau ada yang sengaja menjaganya. Hal ini kerana bakteria ada di celah-celah kuku anda. Namun,tidak dinafikan ada pula yang sanggup membeli alat tambahan untuk disambung bagi mengganti dan menambah kuku yang sedia ada. Semuanya dilakukan untuk cantik atau sebaliknya? Jadi,fikir- fikirkan.








Tuesday, 14 June 2011

SELAMAT HARI BAPA

"kasih ibu membawa ke syurga,
kasih ayah sanggup berkorban apa saja"

terima kasih ayah.....

kali ni, cik blog nak post tentang 'hari bapa' yang akan datang
 ( 19 Jun 2011 )

ayah, abah, walid, daddy, papa
walau apa pun panggilan yang kita panggil, semuanya membawa maksud yang sama kan?
kepada yang masih lagi ada ayah, 
hargailah mereka selagi ada hayat...

kerana ibu dan ayah kita,
kita mampu melihat dunia...
kerana mereka,
kita mampu bernafas di dunia ini...
kerana mereka,
kita menjadi dewasa kini....
dan kerana mereka juga,
kita mampu berdiri atas kaki sendiri

walau seburuk mana pun ibu dan ayah kita,
mereka tetap darah daging kita...
air yang dicincang tidak akan putus

mereka sering memarahi kita,
kerana ?
mereka ingin yang terbaik buat anak-anaknya..
kerana ?
mereka ingin melihat kita menjadi insan yang berguna..
kerana ?
mereka ingin melihat kita berjaya...
 dan kerana mereka ingin melihat kita selamat di dunia dan akhirat...

sesungguhnya aku amat merindui ayahku sendiri,
jauh di sudut hati,
aku merintih kerinduan ingin berjumpa...
riak wajahku mungkin tidak pernah menunjukkannya...
rasa hati mungkin tak pernah meluah...
namun,
ketahuilah, 
aku juga sama seperti orang lain,
yang inginkan kasih sayang seorang ayah kandungku sendiri...
memang aku cemburu,
melihat orang lain dapat bermesra dengan ayah mereka sendiri,
tapi apakan dayaku,
aku harus menerima hakikat ini,

tapi sudah tersurat dalam kehidupan aku,
ingin aku meluah,

saya sayang ayah.....

Sunday, 12 June 2011

pendam rasa, nanti??

hidup? dan masalah tak dapat dipisahkan..
banyak asam garam kehidupan yang kita akan tempuhi selagi nafas kita belum terhenti...
banyak peluang n kesempatan yang perlu kita ambil utk menjadi seorang manusia yang berjaya dan matang kan?

tapi di sebalik sekeping hati,
kita tak akan kenal siapa diri dia, bagaimana hati dan perasaan dia...
bak kata orang "dont judge a book by it's cover"
yes, that right....
kalau kita melihat sekilas pandang,
muka seseorang tu ada yg masam tu maknanya sombong kan?
masam tak senyum bukan sombong...
ada jgk orang yg pemalu,
kan?
bila da kenal seseorang tu mcm mana, 
baru kita boleh tahu hati budi dia,
gelak tawa dia...
kongsi kesedihan, kedukaan dia kan?

mcm tu juga dgn diri kita sendiri...
tapi ada jgk, 
yg jenis memendam rasa kan?
peluang yg kita ada tak kita gunakan sepenuhnya...
dan kadang2 tu yg menyebabkan kita gagal dlm sesuatu...

mungkin juga dalam perhubungan kan?
kalau kita gagal dalam meluahkan rasa yg kita pendam tu,

kita akan menyesal...
dan penyesalan tu mungkin akan menghantui kita..
menemani kita sepanjang hidup kita...
jadi,
luahlah sesuatu yg anda pendamkan...
apa yg terbuku di hati kita tu,
tak siapa yg dapat membacanya...
melainkan kalau kita memberi peluang itu untuk dikongsi bersama,kan?

"pasu yg kosong tak akan mampu berseri tanpa bunganya
dan jika ada bunga, tak akan subur tanpa disemai dan dijaga"




NISKALA -AZRI AF9

yes....akhirnya jumpa jgk lagu ni...
single AZRI ,pemenang tempat ke-4 AF 9 iaitu Akademi Fantasia untuk yang terakhir kali...
Tahniah buat semua !
semua pemenang kerana berjaya sampai ke Final...
akan menjadi lagu favourite cik blog, bkn kerana dia seseorang yg bernama AZRI ye...
tapi,
lagu ni BEST sgt....
ada makna yg mendalam kot..
ce dengar baik2..

lirik yg paling memberi kesan :
"lenyapkan bagi kegelapan andai semuanya tersedar tuk selama-lamanya
pedih yang melanda menikam di jiwa
sehingga diriku tanpa hala tuju"

starting something new for myself

for the first time, baru try nak buat blog..
biarlah rahsia dulu siapa pemilik blog ni, lama2 org akan tahu jgk kan? 
so,biar org kenal cik blog dgn sendirinya...
nak share jgk di sebalik permulaan blog ni..


sebenarnya saja nak tukar angin dari ber-facebook ke sesuatu yg baru...
asyik tengok blog orang je kan,
baca itu ini kat blog orang lain, share mcm2...
ehem2, mcm best je kan?
huhu...tetibe terdetik hati nak ada blog sendiri...
da lama da, ada suara-suara yg suruh berkarya buat blog sendiri...
tp bukan apa takut x terupdate je atas kesibukan masa cik blog...
well, at last dengan bantuan  adik aku yg busyuk tu maka tercipta blog yg simple buat pemulaan cik blog ni :)